31 Jan 2014

Setelah setahun baru mula nak berkayuh




Macam ni lah ceritanya.. basikal ni mula dibeli pada tahun lepas tapi jarang-jarang sekali aku gunakan untuk beriadah di kala petang cuma sejak akhir-akhir ni ada rakan sepejabat yang mengajak untuk berbasikal dan tak kurang ada juga yang bersemangat untuk membeli basikal baru.. huhu. 
Walaipun basikal ini agak boleh dikatakan speks yang biasa-biasa sahaja tapi bagi aku sangat sesuai kerana aku masih newbis kubis dalam arena ini. Hari pertama berkayuh dengan wan di sekitar Kuala Kangsar dari Talang ke Kota Lama Kiri dan balik semula melalui jalan trek berbasikal di Kota Kanan sejauh lebih kurang 20km dan hari kedua iaitu pada 29 Jan 2014 berkayuh dengan wan & qari melalui jalan kampung Senawar ke kampung Tanah Lepan dan terus ke Chandan Puteri sejauh lebih kurang 19km mengambil masa lebih kurang 1jam 10 minit.
Hari ketiga pula hanya berkayuh berseorangan sekitar kuarters JKR jalan Taiping mengambil masa hanya 42 minit dan 47 saat dengan jarak kayuhan lebih kurang 11km. Mungkin pada masa akan datang sekiranya ramai lagi rakan yang join jarak kayuhan akan ditingkatkan lagi. 

bersambung...



26 Jan 2014

Konvoi IHOC & HAVOC ke Perkahwinan Muhamad Fauzi di Taiping

26 Januari 2014 telah diadakan satu konvoi untuk jemputan perkahwinan rakan IHOC iaitu saudara Muhamad Fauzi bertempat di Taman Desa Jana, Kamunting Perak. Dianggarkan secara tidak rasmi lebih kurang 30 orang ahli IHOC & HAVOC menghadiri majlis tersebut.
Terima kasih & tahniah diucapkan kepada Pengantin kita semoga berkekalan hingga ke anak cucu.
Masalah hos yang dihadapi oleh rakan peserta konvoi saudara Mohd Shahmil dibantu Dak Mie, Otai Sontoloyo & Kasih Areana Khalaf

Wakil Honda 1 Malaysia (IHOC, HAVOC & SV4 Jerung) saudara Mohd Fuad Din memberikan ucapan kepada pengantin baru

King Nas Nesh dari HAVOC

Sekitar padang berhampiran rumah raja sehari

Sempat ber-TT di Taman Tasik Taiping

Perkarangan tempat letak kereta Jabatan Perhutanan di kawasan hutan simpan Matang

24 Jan 2014

Bagaimana saya reset masalah 'error E27' Printer MP160 ( ink absorber full atau platen waste ink absorber full )


Masalah ini memang akan terjadi kepada mana-mana printer jenis Canon inkjet dan setiap printer mempunyai cara reset yang berbeza. Dibawah ini hanya dinyatakan untuk jenis printer MP160 all in one:


  1. Matikan pencetak dengan menekan butang ON/OFF
  2. Tekan dan tahan (jangan lepas) butang Stop/Reset
  3. Tekan dan tahan (jangan lepas) butang ON/OFF
  4. Lepaskan  butang Stop/Reset (tanpa melepaskan butang ON/OFF)
  5. Tekan  butang Stop/Reset 2 kali 
  6. Lepaskan butang ON/OFF
  7. Tunggu sehingga power LED (hijau) daripada blinking kepada statik
  8. Tekan butang Stop/Reset 4 kali 
  9. Matikan pencetak dan cabut kabel power
  10. Pasang semula kabel power dan hidupkan pencetak dan printer sudah boleh digunakan seperti sediakala.
Sekiranya kaedah diatas diikuti dengan betul insyaAllah pencetak boleh kembali berfungsi. Mungkin terdapat kaedah lain yang menggunakan software resetter seperti IP Tool.

Tag Awan

Lain-lain (20) Events (19) Basikal MTB (13) Komputer (12) Strava (11) Linux (9) Software & Tools (7) Running (6) CMS (4) Drupal (4) Honda (3) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Hiking (1) Promosi (1) Rs150 (1) Virtualbox (1)