12 Feb 2014

Mari bermain dengan 'Dart'


Kenapa perlu main dart?
Sebenarnya dart adalah bahasa pengaturcaraan web sumber terbuka yang dibangunkan oleh google bermatlamat untuk menggantikan JavaScript sebagai bahasa utama pembangunan web pada platform web terbuka.. apa teman cakap ni.. Apa-apapun teman hanya ingin mencubanya dengan mengikut tutorial di halaman ini https://www.dartlang.org/codelabs/darrrt/.



11 Feb 2014

Mata jerungku tercedera hari ini

Akibat kemalangan kecil petang tadi setelah mengambil anak pulang dari taska jerung teman telah mengalami kecederaan di bahagian lampu depan. Kejadian disebabkan oleh seorang pemandu yang menaiki kereta mitshubishi galland mengundur secara tiba-tiba dan keretanya berdentum dengan hadapan kereta teman. Nasiblah tidak terlalu kuat hentaman tu cuma menyebabkan lampu depan sebelah penumpang pecah dan anak-anak dalam kereta tidak menangis. Sempat juga mengambil no telefon mamat tu kerana teman agak tergesa2 kerana ada janji dengan geng2 MTB.

7 Feb 2014

Bila masa pulak teman jadi admin apps ni nak koding pun haram tak tahu

 

Pagi ni teman terima emel notifikasi daripada google yang membuatkan teman terasa sedikit keliru kerana sebelum ini teman tak pernah pun membangunkan apa-apa apps malahan nak coding apps pun haram tak tahu. Baris pertama emel tu dalam bahasa Inggeris mengatakan "You are receiving this notification because you are listed as an admin of the following app(s): s~x5-silver-harmony-b " terkejut juga la.
Faham betul-betul rupa-rupanya gooole cuma memberitahu tentang perubahan terma bagi servis cloud platform mereka. Tak apalah dah teman guna  perkhidmatan diorang secara percuma terpaksalah teman mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh diorang tapi harap-harap janganlah sampai maklumat user seperti teman disalahgunakan oleh diorang nanti kerana teman beranggapan kadang-kadang maklumat kita sangat peribadi malahan lokasi kita pun diorang boleh tahu.
Apa-apa pun teman masih konpius apa kejadahnya apps s~x5-silver-harmony-b tu kalau-kalau ada yang tahu boleh kongsikan dengan teman. Pesanan teman pada semua berhati-hatilah berkongsi maklumat dalam alam siber terutama pada laman-laman sosial yang popular pada masa kini kerana kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh memberi impak yang buruk pada diri kita. wassalam..

Sumber imej: http://technology.inquirer.net/ & google images

Google Doodle hari ini "Piagam Olimpik"

Sebenarnya tak ada yang nak dipos buat masa ini cuma google doodle 7 Februari 2014 ni menarik perhatian teman dengan design yang agak menarik dan ditambah sedikit dengan 'Piagam Olimpik' yang menyatakan:

"Bersukan ialah hak asasi manusia. Setiap individu mesti diberi peluang bersukan, tanpa sebarang bentuk diskriminasi dan dengan semangat Olimpik, yang menuntut kefahaman saksama selain ikatan persahabatan, kesetiakawanan dan kejujuran." - Diterjemahkan oleh Google daripada Piagam Olimpik

6 Feb 2014

Reset masalah 'error p07' atau 5B00 pada printer Canon MP258


Seperti yang telah saya nyatakan pada penerangan saya mengenai printer MP160 terdapat beberapa kaedah yang berbeza untuk me'reset' printer jenis Canon Inkjet ini. Di bawah ini dinyatakan kaedah bagaimana untuk mengatasi masalah 'error p07' atau 5B00 pada printer Canon MP258.


  1. Printer dalam keadaan mati dan pastikan kabel power masih bersambung.
  2. Tekan dan tahan (tidak dilepaskan) butang Stop/Reset
  3. Tekan dan tahan (tidak dilepaskan) butang On (power)
  4. Dalam keadaan butang on tidak dilepaskan, sila lepaskan butang Stop/Reset
  5. Dan dalam keadaan butang on masih tidak dilepaskan,tekan butang Stop/Reset 2 kali
  6. Lepas kedua-dua butang serentak.
  7. Pastikan LED panel mempamerkan angka 0 dan komputer seakan terjumpa "Found New hardware"
  8. Gunakan service tool Download disini
  9. Klik pada Main: 
  10. Tunggu sehingga paparan seperti dibawah: 
  11. Printer akan mencetak dokumen dengan tulisan D=000.0
  12. Akhir sekali klik pada EEPROM Clear.
  13. Tunggu sehingga selesai dan tutup software resetter.
  14. Restart semula printer dan printer akan beroperasi seperti biasa semula.
Selamat mencuba..

Tag Awan

Events (21) Lain-lain (21) Basikal MTB (15) Komputer (12) Strava (11) Linux (9) Running (7) Software & Tools (7) CMS (4) Drupal (4) Perak (4) Honda (3) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Hiking (2) Kayuh (2) Promosi (1) Rs150 (1) Taiping (1) Virtualbox (1)