7 Feb 2014

Bila masa pulak teman jadi admin apps ni nak koding pun haram tak tahu

 

Pagi ni teman terima emel notifikasi daripada google yang membuatkan teman terasa sedikit keliru kerana sebelum ini teman tak pernah pun membangunkan apa-apa apps malahan nak coding apps pun haram tak tahu. Baris pertama emel tu dalam bahasa Inggeris mengatakan "You are receiving this notification because you are listed as an admin of the following app(s): s~x5-silver-harmony-b " terkejut juga la.
Faham betul-betul rupa-rupanya gooole cuma memberitahu tentang perubahan terma bagi servis cloud platform mereka. Tak apalah dah teman guna  perkhidmatan diorang secara percuma terpaksalah teman mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh diorang tapi harap-harap janganlah sampai maklumat user seperti teman disalahgunakan oleh diorang nanti kerana teman beranggapan kadang-kadang maklumat kita sangat peribadi malahan lokasi kita pun diorang boleh tahu.
Apa-apa pun teman masih konpius apa kejadahnya apps s~x5-silver-harmony-b tu kalau-kalau ada yang tahu boleh kongsikan dengan teman. Pesanan teman pada semua berhati-hatilah berkongsi maklumat dalam alam siber terutama pada laman-laman sosial yang popular pada masa kini kerana kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh memberi impak yang buruk pada diri kita. wassalam..

Sumber imej: http://technology.inquirer.net/ & google images

Google Doodle hari ini "Piagam Olimpik"

Sebenarnya tak ada yang nak dipos buat masa ini cuma google doodle 7 Februari 2014 ni menarik perhatian teman dengan design yang agak menarik dan ditambah sedikit dengan 'Piagam Olimpik' yang menyatakan:

"Bersukan ialah hak asasi manusia. Setiap individu mesti diberi peluang bersukan, tanpa sebarang bentuk diskriminasi dan dengan semangat Olimpik, yang menuntut kefahaman saksama selain ikatan persahabatan, kesetiakawanan dan kejujuran." - Diterjemahkan oleh Google daripada Piagam Olimpik

Tag Awan

Lain-lain (20) Events (19) Basikal MTB (13) Komputer (12) Strava (11) Linux (9) Software & Tools (7) Running (6) CMS (4) Drupal (4) Honda (3) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Hiking (1) Promosi (1) Rs150 (1) Virtualbox (1)