19 Dis 2015

Kenapa aku suka drupal?

Persoalan yang memang mudah aku nak jawab.. bagi aku drupal adalah sebuah CMS yang sangat power dan sangat flexible. Pada mulanya penglibatan dengan cms ini aku tercari-cari kaedah yang memudahkan aku untuk membangunkan web tanpa perlu terlalu mendalami bahasa pengaturcaraan web seperti PHP, pangkalan data mysql, javascript dan lain-lain.
Perkara yang pertama aku perlu mulai ialah bagaimana aku nak hostkan web yang aku ingin bangunkan tersebut. Aku banyak membaca melalui blog-blog dan post-post di internet tentang kaedah membangunkan server di pc sendiri dan bagi aku ianya kurang memuaskan. Dipendekkan cerita aku explore lagi dan belajar segala macam distro linux terutama berbasis debian sebagai eksperimen..(dah jadi cerita lain.. ni pasal drupal la).
Ok aku start pakai drupal dengan share webhosting, ada beberapa laman yang aku bangunkan pakai drupal dan sekarang sudah tidak live lagi antaranya:
  • nesturl.com - laman sendiri
  • petandakuale.net - kelab sukan dan kebajikan petanda kuala kangsar
  • noni-kuale.net - komuniti noni kuala kangsar
dan yang terbaru aku sedang merancang untuk membangunkan laman web baru bagi sebuah organisasi dengan menggunakan drupal 7. Contoh paparan seperti di bawah:
 Sebenarnya sebelum ini aku juga pernah mencuba CMS yang lain seperti joomla, wordpress dan bagi aku ianya sangat baik tetapi tidak memenuhi kehendak aku sangat. Semuanya mudah dengan wordpress dimana beribu-ribu plugin sedia didownload, begitu juga dengan joomla banyak template atau theme yang menarik dan sangat maju. Disebabkan perkara seperti ini aku merasakan CMS ini mempunyai kurang cabaran untuk diexplore berbanding dengan drupal.
Bagi aku drupal ni kalau belajar setahun pun tidak mungkin akan expert sangat kecuali korang tidur drupal, makan drupal, minum pun drupal memang boleh expert lah sebab aku lain tak macam tu nak tengok anak bini semua.
Ada juga pembangun yang beranggapan drupal ini boleh diumpamakan seperti sebilah pisau Swiss Army Knives (woohaaaa) atau diumpamakan seperti kepingan permainan lego yang apabila dicantumkan mengikut kretiviti seseorang boleh membentuk hampir apa sahaja.
Gambar diatas sekadar hiasan.

Begitulah persepsi saya terhadap CMS ini dan terpulang kepada sesiapa untuk menafikannya dan akhir-akhir ini pada 19 November 2015 versi drupal 8 telah dikeluarkan dengan beberapa modul terpenting ditambah ke dalam core drupal antaranya:
  1. New field - date, email, link, reference, telephone
  2. Field ada di mana-mana - boleh tambah field dalam node, block, komen, kontak, taxonomy
  3. CKEditor - WYSIWYG 
  4. Quick edit - bila login drupal boleh edit text direct dengan front-end laman
  5. Responsive image - gambar disesuaikan mengikut kehendak skrin peranti
  6. Tour - popup yang menyatakan bagaimana drupal bekerja
  7. Views - sangat power bagi drupal.. ubah apa sahaja paparan
  8. Multilingual - lebih mudah untuk pelbagai bahasa
  9. Configuration manager - memudahkan import dan export
  10. Webservice - HAL, HTTP basic authenticaction, RESTful web service, Serialization. 
Selain daripada itu template bagi tema juga telah ditukarkan daripada berkonsepkan php kepada twig.. sila semak ke http://twig.sensiolabs.org/

sekian full stop :P

15 Ogo 2015

Damia ke sukaneka Kak Yana

Hari ni si kakak Damia excited sangat nak  tengok sepupunya Kak Yana bersukaneka di padang S.K. King Edward vii Taiping. Awal pagi dia dah siap mandi dan tunggu mak bapaknya x siap2 lagi. Nasib la Pak Njang dia dtg ambil boleh la dia pergi dulu.
Apapun yang mudahnya memang program tu dekat sangat dengan rumah sekarang ni dan cadang tahun depan nak sekolahkan kakaknya kat Prasekolah K.E. jadi mudahlah uminya hantar ambil nanti.

14 Ogo 2015

Berpindah ke tempat baru

8 Ogos 2015 - Kami sekeluarga mula berpindah ke tempat baru di taiping setelah 7 tahun berkhidmat di kuala kangsar. Dari segi kerja tidak banyak yang berbeza cuma ingin rasanya beralih ke tempat baru ini. Alhamdulillah anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

15 Apr 2015

Cubaan bangunkan aplikasi android kalkulator tanah




Akhirnya ada sedikit masa terluang dan berkesempatan untuk mencuba pembangunan aplikasi andoid menggunakan android studio. Pada mulanya agak rumit tetapi dengan sedikit penumpuan maka terhasil juga aplikasi yang sangat simple ini.
Android studio boleh dimuat turun pada link di bawah:
http://tools.android.com/download/studio

12 Apr 2015

Muay Thai: Malaysia vs Thailand



Malam tadi berkesempatan menyaksikan perlawanan muay thai atau lebih dikenali sebagai tomoi berlangsung di dewan jubli perak, kuala kangsar anjuran dari kelab pdrm kuala kangsar.
Perlawanan regu akhir antara juara-juara diantara malaysia vs thailand berpihak pada malaysia apabila menang mudah pada pusingan pertama.

20 Jan 2015

Setelah setahun baru nak update

Gambar hiasan: Ubuntu desktop aku



Lama tak menjenguk blog sendiri ini disebabkan kebebalan empunyanya. Setelah beberapa ketika daripada dibiarkan bersawang akhirnya tergerak hati untuk menulis apa yang terasa nak ditulis. Yang sebenarnya domain blog ini baru sahaja hendak expired atau tamat tempoh tapi oleh kerana sayangnya nama domain yang ringkas dan pendek ini aku hidupkannya semula dengan langganan setahun hanya RM13.00 sahaja, murah kan.
Tahun 2014 sudah berlalu dan banyak peristiwa yang berlaku telah menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup aku. Tahun 2015 ini aku mengharapkan ada keajaiban akan berlaku.. arios amigossss

Tag Awan

Lain-lain (20) Events (19) Basikal MTB (13) Komputer (12) Strava (11) Linux (9) Software & Tools (7) Running (6) CMS (4) Drupal (4) Honda (3) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Hiking (1) Promosi (1) Rs150 (1) Virtualbox (1)