29 Mac 2018

Kali kedua kayuhan ke bukit Makationg bersama 'Kerian Cycling Group' (KCG) - grup kumpulan whatsapp kerian

Buat kali keduanya berkesempatan berkayuh mendaki bukit  Makationg di Ulu Tupai Taiping juga bersama team Abg Man kali ini bersama anaknya dan kawan-kawan lain dari Kerian (Selingsing pun ado) Cycling Group - KCG. Kali ini kayuhan aku agak slow bilamana sampai ke satu kawasan lapang yang disinari cahaya mentari tiba-tiba perut rasa memulas-mulas mungkin sebab salah makan malam tadi. Agak malang juga strava tidak dapat menjejak gps semasa mendaki disebabkan data yang corrupt mungkin, dan hanya dapat direkod ketika beberapa meter sebelum sampai ke puncak (kot puncak sebab abg man kata ada roundabout). Jarak yang dapat direkod hanya 6km sahaja..

Tengok juga kayuhan pertama.





Untung pacat ni bukan selalu dapat hisap darah manusia



Tengah meninjau basikal champion abg man

Labour Day Funride @ Taiping 2018

Tags
Facebook page: https://www.facebook.com/fareastcyc/
Fees: RM10.00


21 Mac 2018

Minggu yang merehatkan: Aufa kena tahan ward

Minggu ini terpaksa rehat sikit sebab anak yang bongsu telah ditahan di wad c3 hospital Taiping kerana nafas dia terlalu laju. Suspek terkena jangkitan kuman pada paru- paru tapi alhamdulillah hanya kahak sahaja.





18 Mac 2018

Aktiviti minggu ini mendaki bukit larut tapi kali ni up sikit sampat Tea Garden

Minggu ni lebih kurang empat aktiviti sukan(che wah) kegemaran dah terbuat maknanya masih mengikut jadual iaitu buat larian atau kayuhan pada setiap hari selasa, khamis, sabtu dan ahad. Apa yang menarik adalah pada hari sabtu tu buat pendakian bukit larut lagi secara slow jog sehingga sampai ke Tea Garden iaitu lebih kurang enam ratus meter lebih atas paras laut tetapi malangnya strava pada mulanya tidak dapat mengesan isyarat GPS disebabkan masalah data internet pada telefon aku. Isyarat hanya ada selepas lebih kurang beberapa ratus meter sebelum sampai ke T-garden tu yang hampeh sikit sebab bacaan jarak hanya 6.7km sahaja yang mana anggarannya mungkin pegi dan balik mencecah 11km. Hari ahad pula buat kayuhan santai 13km disebabkan urat-urat kaki masih terasa sakit lagi sebab turun bukit secara jogging di hari sebelumnya.








4 Mac 2018

Kayuhan hari minggu 17km je??

Kayuhan hari ini 17km je.. haha macam ni la adat berkayuh hujung minggu hari ahad pulak tu kadang-kadang jarak tu jauh juga boleh pegi tapi disebabkan hari ahad kena hantar anak yang sulung tu ke kelas tae kwan do pukul 8.30 pagi dah selesai kayuh. kalau ikutkan masa dalam 7.10 pagi baru keluar pergi berkayuh itupun keadaan masih gelap gulita lagi dengan pakai lampu kelip2 merah dekat batang seat.
Kenapa tak kayuh dengan geng?
Bukan tak suka kayuh dengan kawan-kawan malahan lagi suka sebab selain mengeratkan silaturrahim, dapat juga bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam aktiviti kayuhan ni walaupun pengalaman kita tak tara mana. Minat tu penting baru semua jadi.. ada juga kawan-kawan tanya tak segan ke kayuh sorang-sorang, apa nak segannya semua tu kerana minat dan yang penting sihatkan tubuh badan dan mengurangkan lemak-lemak malas dalam tubuh kita. Semenjak bersukan basikal dan jogging ni alhamdulillah aku dah berjaya membuang tabiat merokok aku yang semenjak sekolah lagi pada bulan ogos tahun 2017. Dapat jimat duit rokok tu baik kita bagi anak buat belanja sekolah. Kepada kawan-kawan geng kayuh samada geng kuale' atau geng kerian KCG insyaallah kalau ada kelapangan aku akan join punya.

Tag Awan

Lain-lain (20) Events (19) Basikal MTB (13) Komputer (12) Strava (11) Linux (9) Software & Tools (7) Running (6) CMS (4) Drupal (4) Honda (3) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Hiking (1) Promosi (1) Rs150 (1) Virtualbox (1)