Ahad, 26 September 2021

Aktiviti hujung minggu bawa puteri-puteri pergi hiking

Aktiviti hari ini bawa puteri-puteriku pergi hiking di Bukit Scoot, (MTBer panggil tempat ni TBP) Taiping. Anak-anak pun sudah lama asyik terperap kat rumah je cuma yang paling bongsu je tak bawa disebabkan tempat ni agak bahaya juga bagi budak-bidak bawah 7 tahun. Daripada depa duk layan internet je kat rumah elok la sekali-sekala buat aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Lepas subuh terus minta kakak dengan adik siap-siap. Tepat jam 7.30 pagi terus gerak ke destinasi.

Map strava ni lebih sikit sebab lupa stopkan tracking masa balik, ikutkan 2km sahaja.










Sabtu, 25 September 2021

Victoria Bridge, Karai, Kuala Kangsar

 Seperti yang dirancang pada hari ini 25 September 2021 bersamaan dengan hari Sabtu bermula dari jam 7.30 pagi (aku agak lewat sikit) bersama-sama dengan Larut Cycling Club (LCC) kami telah bertolak dari Kampung Air Kuning, Taiping ke Victoria Bridge, Kuala Kangsar.

Cuaca agak cerah dan baik pada paginya dengan kayuhan yang sangat mencabar dek kerana masing-masing berlumba-lumba untuk ke destinasi cuma aku sahaja yang agak ketinggalan dibelakang bermula dari awal (hari bonk aku).

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di Jambatan Victoria Kuala Kangsar. Jambatan ini dibina pada tahun 1897 juga merupakan jambatan keretapi tertua di Malaysia. Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson. Sekarang jambatan itu dijadikan tempat pelancongan pada semua orang.Sekarang telah diadakan GALLERY VICTORIA BRIDGE berdekatan di kawasan jambatan tersebut.

Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.















Kredit gambar: Bobby, Abang Mie Prison & LCC

Selasa, 21 September 2021

Kayuhan hari sabtu bersama Larut Cycling Club

 Sudah lama tak update blog ni, apapun dia (blog ni) mesti diteruskan walaupun isinya tak padat mana. Kita masuk je apa yang patut asalkan domain ni terus bergentayangan di jaringan maya. Sabtu lepas saya berkayuh bersama team Larut Cycling Club (LCC) di sekitar bandar Taiping. InsyaAllah misi hujung minggu ni kita akan ke Victoria bridge, Karai, Kuala Kangsar.







Kredit gambar: Bobby. Zizulhassan (LCC)

Isnin, 27 Julai 2020

Kayuhan pertama round island Penang 26-7-2020

Bismillahirrohmanirrahim..
Lama tak update kat blog ini nak cerita pasal aktiviti pada hari Ahad lepas bersamaan 27 Julai 2020 bersama-sama rakan berkayuh Nor Razlan, Zunnasri, Hasnul, Qari, Wan, Rashidi & Anum dimana kami berkesempatan menjalankan aktiviti kayuhan mengelilingi Pulau Pinang. 
Kayuhan bermula kira-kira jam 8.00pagi di tapak parking Astaka Pantai Seagate menuju ke arah bandaraya Georgetown dengan melalui lorong berbasikal yang disediakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Dengan kayuhan yang agak santai dan memenatkan kami berjaya menghabiskan kayuhan yang berakhir ditempat sama kira-kira jam 5.00petang. 


















Jumaat, 15 November 2019

Kayuhan Taqwa Kampung Tersusun

Kayuhan Taqwa Kampung Tersusun Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol Perak akan diadakan pada ketetapan seperti di atas.

Pertanyaan/Pendaftaran :
www.wasap.my/60134201830/DaftarFunride (Ustaz Haji Ramli)
www.wasap.my/60132405232/DaftarFunride (Cikgu Haji Ibrahim)
www.wasap.my/60195505915/DaftarFunride (Haji Zaidi)

Khamis, 31 Oktober 2019

Main air Sungai Perak di Intan Suraya Training Camp

 19-20 Oktober 2019 berpeluang mengikuti program Team Building di Intan Suraya Training Camp bersama rakan pejabat. Mula-mula sampai rasa macam tak semangat bila nampak air sungai Perak dah naik sampai muka pintu chalet, rasa macam program mungkin ditunda tapi sebaliknya dengan pengisian program yang terbaik kami semua enjoy.

Ada gaya penyelamat baywatch

Penerangan hari pertama sampai

Ni gambar hari last.. paling cuak panjat menara 

Sebelum bertolak sempat posing dulu

Tak sabar nak terjun sungai

Baru mula sampai.. tengok air tinggi macam tak jadi je program

Ni gambar baru tiba lokasi, tengah edar tshirt

Mendengar penerangan dari instructor program

Bersama team berakit kumpulan caca marba.. kalau tak dah jadi johan dayung tapi apakan daya dipintas sebab kena game dengan abam bawa bot

Mata tak boleh buka besar sebab lori ni boleh tahan laju jadi angin kuat haha.. 

Posing konon-konon

Gambar muka cuak baru lepas turun dari aktiviti tupai terbang (ke musang terbang)